Saturday, August 28, 2010

ASAS KEUSAHAWANAN

Usahawan ialah seorang yang mencipta sesuatu produk baru atau perkhidmatan yang baru.

Ia merupakan seseorang yang memulakan sesuatu (berinisiatif,), bijak menggunakan idea baru (kreatif), sentiasa membuat pembaharuan dan pengubahsuaian (inovatif) dan sanggup menghadapi risiko serta berusaha untuk menjayakan sesuatu (berorientasikan kejayaan).

Keusahawanan ialah kesanggupan atau kebolehan dan kemahuan seseorang individu bertindak dengan tepat dan cekap untuk menjayakan perniagaannya. Ia boleh disifatkan sebagai suatu kebolehan, kemampuan serta kecenderungan untuk mencari peluang perniagaan, mengusahakan perniagaan tersebut dan memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.


No comments:

Post a Comment