Kikir merupakan alat yang diperbuat daripada keluli dalam batang atau bar yang bergerigi halus pada permukaan atau tepinya. Ia digunakan untuk mengikis, melicinkan dan memotong besi, kayu dan lain-lain.
Kikir juga mempunyai pelbagai jenis yang dirujuk berdasarkan bentuk rentas batang dan bentuk mata atau giginya. Rentas batang kikir yang berbentuk bulat, separuh bulat, tiga segi dan sebagainya. Matanya pula ada yag disusun sehala, dua hala dan pelbagai hala.
Kikir satu permukaannya melengkung atau berbentuk separuh silinder dikenali sebagai kikir belah rotan.
Secara tradisionalnya orang Melayu zaman dahulu menggunakan kikir yang diperbuat daripada kulit ikan pari yang menggerutu. Ia digunakan untuk mengikir kayu atau kulit. Kikir ini dikenali sebagai kikir pari.
No comments:
Post a Comment