DIOD
Diod adalah komponen aktif elektronik.
- Ia membenarkan arus mengalir SATU arah sahaja.
- Ia diperbuat daripada bahan separa pengalir seperti selenium atau germanium.
- Bahan separa pengalir ini terdiri daripada bahan jenis positif (P) dan bahan jenis negatif (N).
- Diod mempunyai dua kaki iaitu anod (positif) dan katod (negatif).
- Diod biasanya ditandakan dengan jalur tebal di salah satu hujungnya.
- Jalur tebal ini menentukan kekutubannya.
- Kaki diod yang paling hampir dengan jalur tebal ini ialah kaki katod.
- Fungsi diod
- mengesan isyarat radio ( diod isyarat)
- menukar arus ulang-alik/AC kpd arus terus/DC ( diod kuasa)
- melindungi komponen elektronik yang lain
No comments:
Post a Comment